Posts

Showing posts from December, 2017

Agarwood Global Malaysia Umum 13 Produk Berasaskan Ekstrak Pokok Gaharu.

Image
Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan pelancaran 13 produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. Syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru ini bercadang untuk melaburkan sebanyak RM30 juta ringgit dalam masa 3 tahun pertama ini untuk membangunkan industri pembuatan produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. Ketika mengulas beberapa soalan semasa sesi temuramah di ibu pejabat Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd (AGMSB) di Johor Bahru, Pengarah Urusannya, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin berkata pihak syarikatnya berminat untuk memajukan perniagaan produk berasaskan gaharu yang pada masa ini dipelopori oleh usahawan berbangsa Cina. Beliau berpendapat bahawa kenaikan harga kayu gred pokok Gaharu di pasaran antarabangsa bukanlah satu masalah yang besar. Ini kerana syarikatnya disokong oleh sumber pokok gaharu miliknya seluas 19 ribu ekar di beberapa negeri di Semenanjung. Berdasarkan sumber bahan mentah yang mencukupi, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak RM20 juta rin...